TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Monday

Al-FATIHAH

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
 سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH

Saya menyeru diri saya,dan sahabat2
Marilah kita bersama membaca surah
Al Fatihah..
Kita sedia maklum bahawa Surah Al-Fatihah dibaca 17kali sehari ketika bersolat..kalau kita tidak faham makna atau maksud yang terkandung dalam surah Al-Quran yang pendek(hanya 7 ayat)ini alangkah ruginya kita..
RasulALLAH (s.a.w)memberi banyak nama Al-Fatihah ,antaranya:-

Ummul –kitab( ibu Al-Quran)

Al-Hamd(Segala Puji)

Al-Syifaa’(penawar)

Al-Waafiyah(Yang cukup)

Al-Kaafiyah(yang cukup yakni cukup dengan membaca dia shj andai org baru 
mngenali islam tak tahu melainkan Al Fatihah,dia boleh solat)

RasulALLAH(s.a.w) bersabda

Sesungguhnya Fatihah ini sebuah Al-Quran yg aku dapat,seluruh Al-Quran berada dalamnya.
.
Pernah RasulALLAH(s.a.w) katakan pada isteri2nya sebelum tidur,”wahai aisyah,wahai hafsah,sudahkah katham Quran sebelum tidur”,mereka terkejut ,lalu bertanya ..Bagaimana hendak katham Quran sebelum tidur Ya RasulALLAH(s.a.w)?Quran itu panjang 114 surah 6666 ayat,bagaimana mana nk katham?
RasulALLAH(s.a.w) senyum dan bersabda”kalau baca Al Fatihah sekali.sama banyak dengan katham Al-Quran”(sebab seluruh Al-Quran ada didalam Al-Fatihah)
Didalam Al-Quran ada sebut 5 perkara iaitu:-

1-Tauhid & Ibadah

2-Kiamat (kita ke dunia utk tunggu kiamat)

3-Balasan(berita baik & berita buruk)

4-Akhlak(sebagai hamba,ummat ,suami,isteri,anak ,jiran dan lain2..)

5-Sejarah(sejarah orang terdahulu,siapa RasulALLAH(s.a.w),Ibrahim (a.s),Musa (a.s)Isa(a.s)

Dan ke Lima-lima perkara ini ada didalam Al –Fatihah..
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH

Kita perlu tahu,tafsir itu lain dan makna itu lain,ramai org fikir apabila tahu makna surah itu tahu tafsirnya,maaf saya tambah sikit..Makna lain dan Tafsir lain,kalau kita tahu makna saja tak cukup,kita mesti kena blajag dan ambil tahu..tafsirnya juga..
Dalam Tafsir Ibnu Kathir,apakah kelebihan Al-Fatihah,apakah Fadhilat Al-Fatihah,apakah gunanya Al-Ftihah,dan serba serbi Al-Fatihah itu..

1-Fadhilat yg pertama,ada seorang hamba ALLAH swt namanya Abi Sa’id Ibni Ma’alla r.a..katanya satu masa saya duduk solat dan baginda RasulALLAH(s.a.w), memanggil saya dan bersabda:-Mari sini wahai Sa’id,Aku mahu ajar kamu satu surah yang terbaik dalam seluruh Al-Quran..ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN..Al-Fatihah..maknanya satu dari surah terbaik dalam seluruh Al-Quran… RasulALLAH(s.a.w), Bersabda..
“Sesungguhnya Fatihah ini sebuah Al-Quran yg aku dapat

2-Fadhilat yg kedua mengikut Tafsir Ibnu Kathir(sebuah hadis) dari Ubay bin Ka’ab r.a.. RasulALLAH(s.a.w), Bersabda
:- Al-Fatihah ini tidak ada dalam Taurat,tidak ada dalam Injil seperti Ummul Kitab..
Dan Al-Fatihah ini dibahagi dua di antara hamba ALLAH dan ALLAH..tiap2 kali kita baca satu,ALLAH jawab satu..nanti sat lagi saya terangkan apa yang dibaca,apa yang jawab..insyALLAH..

3-Al-Fatihah juga salah satu penawar,penyembuh..malah RasulALLAH(s.a.w) pernah berkata bahawa Fatihah itu sebuah Al-QURAN..As-Syaafiyah-penawar,ketika kita sakit contohnya pening2 bacalah As-Syifaa’kerana ubat rohani itu mustahak..ubat fizikal saja tanpa rohani tak sempurna mujarabnya kerana yg cipta penyakit ALLAH swt dan mencipta ubat juga DIA,Doktor,dukun,bomoh,pawang,dan lain2 adalah Wasillah,betul doktor dan lain2  pandai…
Tetapi kalau ALLAH swt tak izin,takkan sembuh juga,jadi..kita gabungkan keduanya..Rohani dan Jasmani..

4-Fadhilat yang ke 4,pada suatu masa Jibrail bersama RasulALLAH(s.a.w) dan tiba tiba terdengar bunyi diatas tempat mereka duduk dan banyak pintu-pintu langit terbuka lalu malaikat turun berkata “Tahniah ya Muhammad,ada dua cahaya yang Nabi lain sebelummu tak dapat,iaitu Fatihatul kitab dan Khawatim Al-baqarah..Khawatim Al-baqarah ialah ayat2 akhir surah Al-baqarah,yang selalu kita wiridkan..iaitu ayat kursi, Aamanar Rasul bima…dan seterusnya..

6-Akhir sekali RasulALLAH(s.a.w) bersabda;-
 Barang siapa SOLAT  tidak membaca Ummul kitab (Al-Fatihah),solatnya tidak sah,tidak diterima ALLAH.
Inilah Fadhilat Al-Fatihah yang kita patut tahu,
Mesti dibaca setiap solat,boleh juga untuk merawat..serta segala2nya..insyALLAH..
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH
Kita sudah tahu dalam Al-Fatihah ada tauhid dan ibadah..kita mengaku keEsaan ALLAH dan beribadah kepada Nya,dan dalam Al- Fatihah ada kiamat,akhlak,sejarah,ada hukum dan sebagainya…sekarang  kita ke tafsirnya..dimana tauhid?
“ALLAH berfirman kepada RasulALLAH(s.a.w)”
“Apabila kamu membaca Al-Quran ya Muhammad,jangan lupa baca A’uzu bilaahi mina syaitanir rajim” ayat 98 An nahl
Kalau musuh kita manusia kita Nampak senang kita buat baik dengan dia lama2 dia akan jadi baik,akan tetapi musuh itu dari kalangan  syaitan,kita tak boleh buat baik,kita kena halau dia jauh “aku berlindung kepada MU  ya ALLAH ,daripada syaitan yang direjam”baru leww syaitan lari…
Jadi..ini satu doa yang kita perlu ingat dan perlu membaca ketika mula membaca Al-Quran,ketika dalam keadaan marah pun boleh baca ulang tiga kali insyALLAH.. akan tenang..
kita sambung pula dengan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ 

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
Ada separuh ulamak berkata ini ayat Al-Quran, ada ulamak kata ini bukan ayat Al-Quran,ini satu ayat yang apabila ALLAH turunkan RasulALLAH(s.a.w) boleh tahu surah ini habis,surah lain dimulakan,kalau tiada Bismillah ini kita pun tak tahu surah ini baru ke atau yang sama ka..tapi kalau kita lihat surah An-naml (semut):-
 Innahu min Sulaimana, wa innahu bismillahirrahmanirrahim..(An:Naml ayat 30)
Tak mengapalah kita mazhab shafie kita baca jahriyah,
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..
ALLAH ialah salah satu nama Tuhan,Tuhan ada 99 nama,(Man ahsoha dakhalal jannah)Tetapi nama ALLAH ini kemungkinan besar(WALLAHU A’lamu bissowab) ialah nama teragung Tuhan,kemungkinan besar,oleh itu
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH
Andai kita nak mohon apa2 dengan Tuhan,jgn kata “Ya Tuhanku tolonglah ya Tuhanku..,”adalah lebih baik kita guna “Ya ALLAH,ya ALLAH ya Tuhanku ya ALLAH,ya ALLAH..” Dan kalau kita tengok  ayat kursi (Al-Baqarah ayat 255.).:-
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
RasulALLAH (saw) kata” ini nama teragung ALLAH .Dalam ayat ini jadi kemungkinan -ALLAH(WALLAHU A’lamu bissowab)

RAHMAN dan RAHIM:- 

*Padahal nama ALLAH ada 99 kenapa kata dengan nama ALLAH,.Maha Kasih..Maha Penyanyang,kenapa tidak kata Bismillahi awalu walaakhir,bismillah muntaqimul jabbar,,mesti orang kata pelik dia ni tak pernah dengar punnn..
Selalunya mesti Bismillahirrahmanirrahim,mengapa?kerana sifat RAHMAN melebihi dari sifat yang lain,Tuhan ada 100 RAHMAH,dekat dunia hat kita semua duk rebut2 nih,baru 1 aja 99 diAkhirat nanti,,dan  ulama berijmak kata apa?Rahman untuk seluruh makhluk,tapi Rahim khas untuk orang mukmin,orang beriman,dihari kiamat nanti ,itulah Rahman dan Rahim,Rahman untuk seluruh makhluk tidak kira muslim atau tidak,tapi Rahim untuk orang mukmin sahaja..
Rahman dan Rahim ini ada rahsianya..andainya kalau kita sedih ,ada musibah,ada masalah,hendaklah segera minta pertolongan kepada  ALLAH(swt)..zikirlah banyak2..

YA RAHMAN..YA RAHIM..

YA ARHAMA RAHIMIN IRHAMNA

YA ARHAMA RAHIMIN IRHAMNA

Dan ulama didalam buku Nama2 “HUSNA ALLAH” berkata,pada hari Jumaat  mulai Asar sampai Maghrib kita cuba duduk berzikir..

YA RAHMAN YA RAHIM YA ALLAH

YA RAHMAN YA RAHIM YA ALLAH

Dan apabila hampir nak azan Maghrib kita doa hajat kan
contohnya:- 
-Ya Rahman,ya rahim ya ALLAH,,kuatkan imanku

-Ya Rahman,ya rahim ya ALLAH..mudahkan urusan kerjaku

- Ya Rahman,ya rahim ya ALLAH..majukanlah perniagaan rojak buah ku,misalannya….
InsyALLAH..Amal amalan ini secara istiqamah..ikhlas..ALLAH  akan bagi apa kita hajatkan..:)

RasulALLAH (saw) apabila dia naik mi’raj,dia kata diLoh Mahfuz,TUHAN tulis besar2  bermaksud:-

 “TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH,RASULALLAH IALAH MUHAMMAD,,Sesungguhnya Rahmat KU melebihi Kemarahan KU”
Maknanya sifat utama ALLAH (swt) ialah RAHMAN..dan kerana itu saya menyeru diri saya sendiri serta para2 sahabat semua apabila kita hendak mulakan apa2 pun ingatlah DIA,mulakan dengan

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Seterusnya

ALHAMDULILLAAH RABBIL A’ALAMIN,
 Segala puji pada tuhan seluruh alam,

disini juga ada ayat tauhid,,-RABBIL A’ALAMIN,, RABB tauhid Rububiyah, RABBIL A’ALAMIN-Tuhan seluruh alam,alam yang kita tahu yang kita tak tahu,alam nampak,alam yang kita tak Nampak,alam manusia, alam,alam,dan alam
tauhid Rububiyah adalah tauhid sifat ,BISMILLAHIRAHMANIRAHIM… ALHAMDULILLAAH RABBIL A’ALAMIN itulah tauhid,,,
dan kadang masyarakat kita ini sentiasa menghayati ALHAMDULILLAAH ini contoh kalu orang duk Tanya awak sihat ALHAMDULILLAAH,dah makan ALHAMDULILLAAH..apa khabar kluarga dikampung.. ALHAMDULILLAAH..
ALLAH berfirman :-“kamu syukur,AKU tambah nikmat” kufur tak syukur aku tambah siksa pula yang amat berat..semoga kita semua dijauhkan sifat kufur..
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH

Hayati ALHAMDULILLAAH ,Quran kita pun dimulai dengan ALHAMDULILLAAH RABBIL A’ALAMIN,,pasai apa?kita ini Muslim ,kita Muwahhiddin-tauhid,kita ini ummat RasulALLAH (saw)..
ALHAMDULILLAAH RABBIL A’ALAMIN dan ulang sekali lagi Ar-Rahmaanir Rahimm..sebelum itu kita dah baca BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ulang semula dalam Al-Fatihah.. Ar-Rahmaanir Rahimm,ini dikatakan tauhid sifat…

MAALIKI YAUMIDDEEN

Para sahabat2 yang diRahmati ALLAH.
Inilah KIAMAT
Kita sudah mengaku adanya KiAMAT,kalau Tidak mengaku adanya KIAMAT,habisss kita..kafir.kita datang ke dunia ni untuk apa?tunggu KIAMAT,pasal di hari KIAMAT – YAUMUL FASL-hari yang memisahkan antara yang baik dan yang buruk jahat,yang Taat pada perintah NYA yang derhaka ,jadi sekarang kita sudah mengaku adanya KIAMAT….
MAALIKI YAUMIDDEEN
“Hari yang tiada siapa boleh tolong yang lain ,segala urusan hanya urusan ALLAH”

RasulALLAH (saw) bersabda:- Manusia hari itu keadaan mereka paling sedih,ada berkaki ayam,kusut masai dan sebagainya itulah MAALIKI YAUMIDDEEN
Tiada siapa yang berkuasa,hari itu melainkan ALLAH,tiada siapa yang boleh bercakap,bergerak,melainkan dengan izin ALLAH..tentang KIAMAT dan kiamat adalah satu per empat daripada seluruh Al-Quran.SubhanALLAH
..
IYYAAKA NA’BUDU

Tauhid af’al,jadi tauhid rubbubiyah,tauhid ubudiyah..
IYYAAKA NA’BUDU-Hanya ENGKAU saja ya ALLAH yang kami menghambakan diri(sembah)-tauhid ubudiyah
WA-IYYAAKA NASTA’IN-aku tiada daya upaya,aku hanya minta pertolongan MU sahaja ya ALLAH
Maknanya kita sudah terlepas dari syirik,daya pun dah tiada kita serah sahaja pada ALLAH..semuanya melalui MU ya ALLAH..

IHDINAS SIRAATAL MUSTAQIIM

“Tunjukkan daku Ya ALLAH,kemana sepatutnya boleh aku pergi”(iaitu kejalan MU..jalan yang lurus)..itu AKHLAK,dan oleh kerana itu para2 sahabat yang saya sanjung,bila kita kata “IHDINAS SIRAATAL MUSTAQIIM”-tunjukkan aku ke jalan yang lurus ALLAH jawab dalam surah AL BAQARAH



1. Alif laam, miiim (Allah yang Maha Mengetahui maksudnya)
2. Kitab itu (Al-Quran) tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Kalau betul-betul nak SIRAATAL MUSTAQIIM()jalan yang lurus)ambillah kitab Quran ini,yang akan tunjuk kepada kamu jalan yang benar,Dan kerana itulah surah Al-Baqarah jatuh selepas Al-Fatihah,kerana jawapan kepada Al-Fatihah,padahal bukan surah Al-Baqarah yang turun dulu,yang turun dulu banyak lagi Ya aiyuhail muzammil,Ya aiyuhal muddashtir,Wannajmi wama hawa dan banyak lagi..
Tapi kerana surah Al-Baqarah itu jawapan kepada Al Fatihah,dan segala akhlak,segala hukum hakam ada dalam surah Al-Baqarah,hukum ribba,hukum jihad,hukum wasiat,hukum susu anak,cerai,semua dalam surah Al-Baqarah,haji puasa,solat.ada dalam surah Al-Baqarah,kerana itulah jatuh selepas Al-Fatihah….
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri niKmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

SIRAATAL-LAZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM

“aku nak jalan yang ENGKAU beri nikmat banyak”
Siapa yang ALLAH beri nikmat banyak?dan nikmat banyak itu akan dibagi bila?..Diakhirat nanti,di syurga,Siapa???-Nabi2 dan Rasul,syahid2,waliullah us solihin itulah SIRAATAL-LAZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM
Orang yang ENGKAU beri nikmat yang banyak wahai TUHAN.,Dan ini sejarah Nabi Ibrahim,sejarah Nabi Musa,Nabi Isa,semua ini Tuhan AN’AMTA ‘ALAIHIM
 Di akhirat nanti Ulil-azm ,yang Tuhan janjikan syurga.
SubhanALLAH..
AN’AMTA ‘ALAIHIM,didunia dia jadi orang terpilih,Di Akhirat Dijamin syurga,Nabi2 dan Rasul,syahid2,dan Ulil-azm

MAGHDHUB ‘ALAIHIM

“Bukan yang ENGKAU marah”

Marah kerana apa,dia tak amal yang TUHAN bagi,banyak ajaran melaui Nabi Musa dan sebagainya,Siapa tu?-yahudi,Ilmu banyak tapi tak beramal yang dia pelajari,walhal ilmu banyak itulah yahudi..
Termasuklah kita semua bukan semestinya yahudi sahaja,siapa saja didunia ini banyak,tak nak amal yang dipelajari,taknak dakwah,tahu halal haram tapi buat tak tau- MAGHDHUB ‘ALAIHIM juga,
Kita orang Islam pun kalu Tuhan kata tutup Aurat,tak mau tutup tayang sana sini-contohnya la..kalu Tuhan kata jangan minum arak duk minum juga..nak rasa juga ,jadi MAGHDHUB ‘ALAIHIM bukan sekadar untuk yahudi malahan semua..yang Tuhan suruh buat tak mau buat…Tuhan kata jangan duk minum Arak minum lagi tonggeng lagi botoi..(minta jauhlah kita semua)
Sebab itu nabi bersabda:-“Seluruh umatku masuk syurga,kecuali orang yang abaa”
Para shabat terkejut “Siapa yang abaa tu,Ya RasulALLAH?” RasulALLAH jawab yang abaa itu ialah semua dosa dia nak buat,semua suruhan ALLAH,dia tak mau buat…

WALAD-DHAALLIIN

Bukan orang-orang yang sesat,
disini ALLAH,bermaksud nasrani,akan tetapi kita orang Islam pun kalau  jahil tak mau belajar,sesat ini tiada ilmu,makan ikut suka hati,minum pun sama,bergaul lelaki perempuan ikut suka,seronok pergi club,disco,dangdut la,gig black metal, Ph D ini,phd Fisiologi,phd pempang petpot la,tapi baca Al-QURAN tak tahu,Al-Fatihah tak tahu,solat tidak tahu mana rukun mana sunat,mana wajib,,tidak pernah hendak ambil tahu atau belajar itu didalam golongan sesat,semoga kita semua tidak termasuk didalam golongan sesat,RasulALLAH bersabda bermaksud:-
“Kejahilan itu mati sebelum mati”
Dan Dia berkata lagi inilah setiap doa nabi2
“Ya ALLAH ya Tuhanku,tambahlah ilmu atas ilmuku”

Dan Nabi berwasiat:-

“Berilmulah,berilmulah,berilmulah”sesudah berilmu,Faa’malu..barulah beramal,Wa’alamu annakum lan turjabu,kena tahu:tiada pahala sedikit pun,illa an ta’malu ma tata’allamu,kecuali amal kamu belajar..
Tiada guna jika kita belajar macam jenis pun,buku hijau kuning merah la,buku hitam,buku putih,buku cop labah2 la,,Al-Quran tak tahu,Al-Fatihah tak tahu..dah tahu taka mal tak guna juga.

Para sahabat yang diRahmati ALLAH.
RasulALLAH (saw) suruh kita berilmu,kalau tidak kita akan sesat,kalau kita perhatikan tujuh ayat sahaja,tapi seluruh Al-Quran ada didalamnya,Tauhid ada,Ibadah ada,kiamat ada,balasan ada,sejarah ada,akhlak pun ada,tujuh ayat sahaja,SubhanALLAH..inilah satu dari mukjizat Al-Quran,kerana itulah Nabi kata;As-syafiyah-penawar,Al-wafiah-yang cukup..

Dan akhir kata semoga kandungan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua apa yang baik jadikan panduan teladan..apa yang salah tegurlah dengan bicara iman.. WALLAHU A’lamu bissowab .saya menyeru diri saya sendiri serta para sahabat yang saya muliakan marilah kita sama2..berselawat kepada junjungsn besar Nabi kita MUHAMMAD (SAW)serta fidyahkan Al-Fatihah kepada RasulALLAH(SAW),kedua ibubapa kita,guru2 yang bersanad hingga ke RasulALLAH(SAW)..serta semua muslimin muslimat.




No comments:

Post a Comment