TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Wednesday

HATI


Hati itu kerajaan di dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun roboh
Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat dam memuji hendaklah pikir
Di situlah banyak orang yang tergelincir
Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang akal di kepala
Jika sedikit pun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka
Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yang amat gagah
Barang siapa yang sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar
Di manakah salah diri
Jika tidak orang lain yang berperi

1 comment:

  1. pernah dengar satu 'gurindam lama' yang sama dengan catatan ini...tapi sudah lupa siapa yang melagukan nya satu ketika dulu.

    ReplyDelete