TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Saturday

Salam Aildilfitri Maaf Zahir Batin


Asalamualaikum w.b.t 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamatSaya menyeru diri saya,dan muslimin muslimat
Marilah kita bersama membaca surah
Al Fatihah..
Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian
AlhamduLillah, kita telah selesai menunaikan ibadat puasa, kita berdoa agar segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh ALLAH SWT. Marilah kita sama-sama meneruskan rasa taqwa kita kepada ALLAH SWT, kerana sesungguhnya matlamat berpuasa ialah agar kita bertaqwa kepada ALLAH. Marilah kita terus melakukan amalan-amalan baik yang telah kita lakukan dalam bulan ramadhan dan terus menghindarkan diri kita dari amalan-amalan yang tidak baik yang telah kita tinggalkan sepanjang bulan Ramadhan. Moga-moga kita digolongkan bersama mereka yang dibebaskan dari api neraka sebagaimana yang dijanjikan ALLAH melalui rasulNya. Ini kerana pembebasan dari api nerakalah yang merupakan kejayaan yang hakiki. Firman ALLAH SWT :

Maksudnya : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sesungguhnya ia telah beruntung. Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran, ayat 185)
Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian,
Pada bulan yang mulia ini, semua umat Islam di seluruh dunia menyambut hari raya yang merupakan hari kemenangan bagi kita semua kerana telah berjaya menempuh satu ujian yang maha berat. Sebulan lamanya kita telah berpuasa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menempuh pelbagai ujian dan dugaan semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH S.W.T.
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menggembirakan kita semua apabila puasa yang kita laksanakan itu diterima oleh ALLAH S.W.T. Kita sentiasa berdoa semoga ALLAH S.W.T. menerima segala amalan puasa kita pada tahun ini dengan lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Maka pada ketika ini kita tambahkan lagi kegembiraan itu dengan ucapan pujian serta kesyukuran kepada ALLAH iaitu dengan menunaikan zakat fitrah, melakukan sembahyang sunat hari raya, bersedekah, mengeratkan silaturrahim dan sebagainya. Inilah pengisian penting di hari raya dan inilah yang dimaksudkan kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Hal ini dijelaskan dalam hadis RasulALLAH S.A.W. yang berbunyi: 
Maksudnya:
“Semua amalan anak Adam a.s. digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, ALLAH Azza wa Jalla berkata : “melainkan berpuasa, kerana ianya untukku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku ”.  Bagi orang yang berpuasa mereka akan mendapat dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH Taala daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian,
Di dalam kita menyambut hari raya Aidilfitri ini, marilah sama-sama kita merenung sejenak fenomena yang sedang berlaku di sekeliling kita. Hari raya pada tahun ini disambut di saat kita menyaksikan nilai-nilai akhlak dan moral semakin menjunam khususnya di negara kita ini. Kes-kes pembunuhan kejam,penderaan seksual dan sumbang mahram kelihatan,fitnah dan hasad dan paling mengejutkan  isu Murtad  menjadi topik- topik utama di dada-dada akhbar di negara.. Kenapakah perkara sebegini boleh berlaku? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana manusia sudah merasakan bahawa tidak ada sesiapa pun yang berkuasa ke atas dirinya. Manusia sebegini sudahpun lupa bahawa ALLAH SWT memantau setiap pergerakannya dan akan membalas setiap kejahatan yang dilakukan. Lebih jauh dari itu lagi, semuanya berpunca apabila manusia sendiri tidak mematuhi syariat ALLAH SWT. Kehidupan tidak lagi berlandaskan kepada lunas-lunas agama yang sebenar malah semakin jauh dari apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT. Maksiat dibiarkan berleluasa dan undang-undang ALLAH diketepikan, maka berlakukah sebagaimana yang telah diberikan amaran oleh RasulALLAH SAW di dalam sabdanya :

Yang bermaksud : RasulALLAH SAW telah bersabda : Wahai kaum muhajirin, (awaslah) lima perkara (dari) menimpa kamu dan aku berlindung kepada ALLAH, semoga kamu tidak ditimpanya ;
  • Tidak berlaku dengan terang maksiat dalam mana-mana kaum dan golongan sehingga mereka melakukannya secara terbuka kecuali tersebarlah penyakit taun dan kelaparan yang tidak pernah berlaku kepada orang-orang terdahulu
  • Tidak mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali dibala dengan kemarau bertahun-tahun dan kesukaran hidup serta kezaliman penguasa ke atas mereka,
  • Tidaklah mereka enggan mengeluarkan zakat kecuali dihalang turunnya hujan ke atas mereka dan kalaulah tidak kerana binatang-binatang, mereka tidak akan menerima hujan.
  • Tdak melanggar janji ALLAH dan janji rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka berkuasa ke atas mereka dan mengambil hak-hak mereka.
  • Dan (apabila) tidak berhukum pemimpin mereka dengan kitab ALLAH dan memilih selain dari apa yang diturunkan oleh ALLAH, ALLAH akan menjadikan pertelingkahan di kalangan mereka 
Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian,

Dalam pada kita menyambut hari raya pada hari ini, perlulah diingat bahawa matlamat yang paling utama dari pensyariatan ibadat puasa ialah membentuk ketaqwaan kepada ALLAH SWT. Bagaimanapun,dalam keadaan hari ini,adakah umat Islam benar-benar melakukan ibadat puasa dengan sebenar-benarnya sehingga berjaya membenihkan taqwa dalam jiwa masing-masing?
,
Sabda RasulALLAH SAW :

Maksudnya : Betapa ramai orang-orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang-orang yang qiyam tidak mendapat apa-apa dari qiyamnya kecuali hanyalah berjaga malam sahaja. (Riwayat Ibu Majah)

Muslimin dan muslimat sekalian
 Perlulah disedari bahawa Ramadhan merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam, sejarah mencatatkan peristiwa peperangan badar berlaku di bulan ini. Demikian juga bulan Syawal yang sedang kita lalui sekarang ini merupakan bulan yang berlaku padanya peperangan Ahzab.Kedua-dua peperangan ini dimenangi dengan jayanya oleh tentera Islam pada zaman RasulALLAH SAW.Kita mengharapkan supaya apabila kita melalui Ramadhan,kita akan lebih bermotivasi untuk menggerakkan usaha bagi mendaulatkan Islam. Sesungguhnya sangatlah mudah bagi ALLAH memberikan kemenangan kepada pejuang-pejuangnya. Demikianlah ALLAH SWT apabil ingin memberikan kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki,ia amatlah mudah tidak sedikitpun sukar bagiNya. FirmanNya :
Maksudnya : Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah ali-Imran, ayat 26)
Muslimin dan muslimat sekalian,
Oleh yang demikian,marilah kita menjadikan Ramadhan yang kita baru sahaja lalui dan hari raya yang kita sambut pada tika ini sebagai satu titik tolak untuk meningkatkan kerja kita untuk Islam. Lakukanlah sebanyak mungkin sumbangan kita untuk mempertahankan ketuanan Islam, agama yang kita cintai ini sebelum kita dipanggil mengadap ALLAH swt. Percayalah bahawa perkara yang paling berharga apabila tibanya kita di hadapanNya nanti ialah amalan kebaikan yang kita lakukan. ALLAH swt berfirman :
Yang bermaksud : "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap ALLAH dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Surah As-Syu’araa’, ayat 88-89)

Saudara, Saudari, Muslimin, Muslimat,

Bulan ini kita menyambut hari raya Fitrah atau Aidilfitri hasil daripada kejayaan perjuangan kita dan penat lelah segala ibadat dan amal kebajikan yang kita laksanakan selama sebulan itu, kalau bebanan terasa berat kita memikulnya kini sudah terasa ringan, kalau sebahagian dari perkara terbatas dan terasa terikat untuk kita lakukan di waktu siang hari bulan ramadhan,hari ini sudah terbuka bebas.

Namun begitu kebebasan yang diberi pada hari ini masih ada sempadannya. Kerana hari raya kurniaan ALLAH kepada umat Islam adalah juga merupakan ibadat lanjutan dari bulan Ramadhan yang berkat ini. Walaupun kita diharuskan menyambut dengan penuh kegembiraan dan memeriahkan kebesarannya tetapi perlu dihayati dalam lingkungan yang dibenar oleh syarak.

Untuk menambah lagi ganjaran pahala mengiringi pahala sepanjang Ramadhan, adalah dituntut supaya berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sebagaimana sabda Rasul ALLAH s.a.w

Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya (dengan) berpuasa enam hari 
 daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala sepanjang mas

Sempena menyambut hari raya ini serta berlalunya Ramadhan baru lepas yang sama-sama kita raikan, marilah kita memperteguhkan keimanan kita kepada ALLAH dan Rasulnya di samping mempertingkatkan semangat juang untuk membela Islam seperti mana tawaran ALLAH dalam firmannya:
Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan Rasulnya serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama ALLAH dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Surah al-Shaff, ayat 11-12)
Dan akhir kata semoga kandungan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua apa yang baik jadikan panduan teladan..andai ada menyentuh atau teguris terlebih dahulu saya memohon maaf .. WALLAHU A’lamu bissowab .saya menyeru diri saya sendiri serta para sahabat yang saya muliakan marilah kita sama-sama..berselawat kepada junjungsn besar Nabi kita MUHAMMAD (SAW)serta fidyahkan Al-Fatihah kepada RasulALLAH(SAW),kedua ibubapa kita,guru2 yang bersanad hingga ke RasulALLAH(SAW)..serta semua muslimin muslimat.
.


No comments:

Post a Comment