TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Sunday

ZAKAT


Asalamualaikum w.b.t 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat Saya menyeru diri saya,dan muslimin muslimat
Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar ketakwaan dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.  Ingatlah!, bahawa segala amal perbuatan kita akan disoal  oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian

Zakat adalah salah satu rukun Islam  yang wajib ditunaikan.  RasulALLAH S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Islam didirikan di atas lima prkara, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram bagi sesiapa yang berkemampuan".
 ALLAH SWT amat mencintai orang-orang yang ikhlas membelanjakan hartanya di jalan ALLAH.ALLAH SWT memuji perbuatan mereka sebagaimana Firman-Nya:
Maksudnya ;
  "Ada pun orang yang (suka) memberi (sedekah atau  zakat) dan bertakwa serta percaya kepada perkara yang baik (dan pahala di syurga) maka Kami akan mudahkan baginya jalan yang mudah (yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat)".(Al-Lail: 5 - 7)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian

Zakat bukan hanya sekadar ibadah semata-mata.  Ia adalah amalan yang dapat mengikat hubungan antara seorang hamba dengan pencipta-Nya dan membentuk hubungan antara seorang individu dengan anggota masyarakat yang lain.
Zakat adalah rahmat yang dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia.  Rahmat ini bukan hanya dapat dirasai oleh penerima zakat, bahkan turut dikongsi bersama oleh pembayar zakat dan umat Islam seluruhnya.
Sejarah telah membuktikan bahawa, negara Islam pernah merasai nikmat kamakmuran dan kesejahteraan hasil daripada sistem zakat seperti yang telah berlaku di zaman Khalifah Umar bin Abdul  Aziz dan zaman kegemilangan Islam.
Sesungguhnya,zakat mempunyai beberapa matlamat yang ditentukan oIeh ALLAH SWT:

1.Matlamat Agama
ALLAH SWT berfirman dalam surah At-Taubah: 103:
Maksudnya:
 "Ambillah daripada harta mereka zakat, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)"
Al-Quran menerangkan bahawa zakat mempunyai dua tujuan utama iaitu:
(At-Tathhir) pembersihan dan (At-Tazkiah) penyucian. Sesungguhnya, hati manusia sangat mencintai harta dan kekayaan.
ALLAH SWT berfirman dalam surah Al-Fajr ayat 20:
Maksudnya:
 "Dan kamu pula amat mencintai harta benda dengan kecintaan yang bersangatan".
Justeru, amalan zakat dapat menyucikan hati dan jiwa manusia daripada menghambakan diri kepada harta.Inilah bukti keimanan dan kecintaan seorang hamba kepada ALLAH dan RasulNya melebihi cintanya kepada harta.
Selain itu,zakat juga bertujuan untuk menyucikan akhlak manusia. Sesungguhnya, sifat bakhil dan kedekut adalah penyakit paling buruk yang melanda orang-orang yang berharta.  
ALLAH SWT berfirman dalam surah Al-Israk ayat 100:
Maksudnya:
"Dan sememangnya manusia itu bersifat bakhil lagi kedekut".

Sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah, bahawa RasulALLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jauhilah kezaliman kerana kezaliman akan membawa kepada kegelapan di hari kiamat.  Jauhilah sifat bakhil kerana sesungguhnya sifat bakhil memusnahkan orang-orang sebelum kamu.Sifat bakhil menyebabkan mereka menumpahkan darah dan melanggar batasan"
                                                                             (Riwayat Muslim)

OIeh itu,ubat paling mujarab untuk merawat penyakit bakhil dan kedekut ini adalah dengan menginfaqkan harta di jalan ALLAH SWT.  Dengan berzakat, kita dapat menghapuskan sifat bakhil dan kedekut apabila dengan ikhlas dan rela hati memberikan harta yang kita miliki kepada orang fakir dan miskin untuk meraih redha ALLAH SWT.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian

Ingatlah!, orang yang enggan bersedekah dan berzakat adalah ciri-ciri manusia yang akan dihumbankan oIeh ALLAH SWT ke dalam api neraka. ALLAH SWT berfirman dalam surah Al-Muddaththir ayat 42 - 44:
Maksudnya:
 "(Ahli-ahli syurga bertanya kepada ahli neraka): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar?"   Ahli neraka menjawab: "(Dahulu) kami tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang sembahyang, dan kami juga tidak pernah memberi makan (bersedekah) kepada orang-orang miskin".

Selain itu juga, zakat dapat membersihkan dan memelihara harta. Sesungguhnya, kita tidak mampu memelihara harta kita dari kejahatan orang lain melainkan dengan pertolongan ALLAH SWT.Justeru, Islam mengajar kita agar memelihara harta dengan berzakat.  

2.Matlamat Sosial
Prof. Dr . Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan, setiap manusia sangat berhajat kepada keperluan asasi hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Ianya diperlukan agar manusia mampu hidup menjadi khalifah dan hamba ALLAH dengan sempurna .
OIeh kerana tidak semua manusia mampu memenuhi keperluan ini, maka ALLAH  SWT  mensyariatkan  zakat agar umat Islam dapat saling bantu-membantu dalam memenuhi keperluan hidup mereka.
Dengan berzakat, orang kaya dapat memberikan sebahagian daripada hartanya kepada fakir miskin.Dengan zakat  juga, orang  miskin  dapat merasai
nikmat kebahagiaan hidup serta merasai wujudnya tangan-tangan si kaya yang pemurah, yang dapat membantunya untuk merasai kesejahteraan hidup.
RasulALLAH  s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
"Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain.  Janganlah kamu saling menipu, janganlah kamu saling membenci atau bermusuhan, janganlah kamu jauh menjauhi (memutuskan silaturrahim), dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain,  jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. . .".
(Riwayat Muslim)    
Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH sekalian
Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah SWT dengan menunaikan zakat harta kita yang wajib dizakatkan seperti zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat wang simpanan, saham, KWSP, zakat tanaman dan binatang ternakan.Pada zaman serba moden ini zakat mudah dihulurkan sebagai contoh  melalui potongan gaji, perbankan internet, ejen bank dan pos, mesin ATM, kad kredit dan sebagainya.
Ingatlah!!, ke suatu ketika dahulu kita lahir ke dunia ini sebatang-kara tanpa harta, pakaian, pangkat dan kedudukan.Lalu, dengan rahmat dan kasih sayangNya, Allah SWT  kurniakan kepada kita segala nikmat dan kebahagiaan.Rumah banglo,kereta mewah,saham, wang simpanan, pangkat dan pekerjaan yang menjadi kebanggaan kita pada hari ini.
Apakah dengan segala nikmat tersebut, kita merasa berat untuk membalas kurniaan Alllah itu dengan hanya mengeluarkan zakat sebanyak 2 .5% sahaja?.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Ssesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar nescaya azab-Ku amatlah keras".
(Ibrahim:7)
Dan akhir kata semoga kandungan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua apa yang baik jadikan panduan teladan..andai ada menyentuh atau teguris terlebih dahulu saya memohon maaf .. WALLAHU A’lamu bissowab .saya menyeru diri saya sendiri serta para sahabat yang saya muliakan marilah kita sama-sama..berselawat kepada junjungsn besar Nabi kita MUHAMMAD (SAW)serta fidyahkan Al-Fatihah kepada RasulALLAH(SAW),kedua ibubapa kita,guru2 yang bersanad hingga ke RasulALLAH(SAW)..serta semua muslimin muslimat.






2 comments:

  1. Terima kasih perkongsian bersama.
    Semoga yang menyampai kan juga memperolehi ganjaran dari Nya, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. sama-sama....semoga kita semua mendapat berkah dan keRedhaan-NYA Ameen

    ReplyDelete