TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Tuesday

Hikmah Solat Dari Aspek Kesihatan




لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat .Saya menyeru diri saya,dan muslimin muslimat

Marilah kita bersama membaca surah
Al Fatihah..
[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
 Ameen..

Dalam pergerakan solat tersimpan hikmah dan ilmu kesihatan yang penting dan salah satu faktor menghindar pelbagai penyakit

1.   Kedudukan tangan semasa membaca Fatihah
Kebanyakannya apabila kita membaca Fatihah,tapak tangan menggenggam pergelangan tangan kiri yang diatas pusat.Dari segi kesihatan ini merupakan salah satu cara istirehat yang cukup selesa kerana kedua-dua tangan mempunyai sendi siku dan sendi pergelangan tangan,kedua-dua otot ini berada dalam keadaan yang paling rehat diwaktu itu,perjalanan darah terutama yang mengalir kembali ke jantung menyebabkan sendi tersebut berjalan baik dimana ia akan melancarkan pergerakan kedua-dua tangan,kaedah ini boleh menghindarkan sakit sendi(Reumatic)
2.   Rukuk
Ketika kita Rukuk kedua-dua tapak tangan diletakkan diatas kepala lutut di mana punggung dan kepala berada didalam keadaan selari,dan ini dapat menghilangkan banyak penyakit terutamanya sakit tulang belakang,seperti sakit ruas tulang punggung,ruas tulang tengkuk dan juga kekejangan otot
3.   Sujud
Semasa kita Sujud,kepala dan jari tangan berada di dalam keadaan sama.keadaan jari-jari tangan pada ketika itu boleh menyebabkan semua otot bergabung diantara satu dan lain serta menjadi besar dan kuat,disamping itu urat-urat pembuluh darah serta limpa akan jadi teratur menghasilkan kelancaran perjalanan darah keseluruh anggota badan terutamanya pada bahagian jantung dan menghindarkan dari berlakunya pengecutan dipembuluh darah..
Semasa sujud juga otot akan menghasilkan tenaga haba,yang sangat diperlukan dalam proses zat2 makanan seperti zat besi,kalsium,kapur dan bnyak lagi .ketegangan otot akan mempercepatkan aliran darah dimana ia seterusnya membuang sisa kotoran yang berasal dari zat makanan.Rukun ini juga akan menghasilkan otot-otot yang besar dan kuat terutama otot dada,bagi ibu-ibu yang menyusukan anak,pada ketika ini kelenjar susu akan berkembang dan menghasilkan air susu yang banyak,selain dari tu otot perut juga dapat berkembang dengan baik dimana ia akan menjadi lurus dan memanjangg.otot ini akan membentuk dinding-dinding perut dan bila ia berrkontraksi ,tekanan dalam rongga perut dapat dibesarkan,kaedah ini sangat penting untuk melawaskan pembuangan najis(apa orang jerman cakap tu,,,senyum sambil termenung..,kutt..).Bagi wanita hamil pula ia membantu memudahkan kelahiran..sewaktu sujud juga kepala berada situasi paling rendah,akan berlakulah pengaliran darah ke kepala ,,dalam situasi ini jugalah anggota kepala akan menerima zat-zat yang diperlukan berbanding dengan keadaan biasa
4.   Duduk  Antara  Dua Sujud (tahiyat awal)
Semasa kita duduk antara dua sujud otot pangkal peha yang ada saraf saraf besar yang terletak diatas kedua tumit kaki,tumit ini dilapisi otot yang berfungsi sebagai bantal dan semasa duduk  tahyat juga ,tumit kita akan menekan pangkal peha,kaedah simbolik ini menyebabkan secara automatic saraf pangkal peha kita terurut dan terpicit dengan sendirinya…oleh itu ianya boleh menghindarkan dan menyembuhkan penyakit “ischias” iaitu lumpuh atau tidak dapat berjalan..InsyALLAH.

Begitulah Maha  besarnya keagungan ALLAH swt kerana setiap apa yang diperintahkan ke atas kita terkandung hikmah yang cukup tinggi,inilah hebatnya ibadah solat,berat untuk dilaksanakan.Namun ia begitu istimewa didalam kehidupan jika dapat diilaksanakan dengan sempurna dan khusyuk .Firman ALLAH swt yang bermaksud: "Sesungguhnya solat itu sangat berat,kecuali bagi orang yang khusyuk"

Wallahua'lam