TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Friday

Keadaan Manusia Ketika Dibangkitkan

    
   Sesungguhnya semua manusia akan mati atau meninggal dunia. Kematian dan kehidupan yang ditempuhi adalah sebagai tanda kekuasaan yang ditempuhi adalah sebagai tanda kekuasaan ALLAH terhadap makhluk ciptaan Nya.Semua manusia akan dibangkitkan semula di akhirat adalah kebangkitan yang tidak akan mati dan berkekalan buat selama-lamanya.Kebangkitan pada kali ini adalah untuk diberi pembalasan kepada manusia...
   Pembalasan kebaikan dan nikmat kepada ALLAH yang beriman dan beramal soleh,Dan permbalasan kesengsaraan kepada mereka yang derhaka serta ingkar perintah ALLAH.ALLAH akan menentukan nasib manusia mengikut amalan dan perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini.Ada yang ditentukan oleh Allah masuk ke dalam syurga dan ada yang akan dimasukkan ke dalam neraka.
          Pada hari kebangkitan,semua manusia berada di dalam telanjang tanpa seurat benang pun melindungi tubuh mereka,sama ada lelaki atau perempuan,kaya atau miskin. Malah mereka semua tidak ada masa untuk memikirkan nasib orang lain.Mereka hanya fikirkan keadaan diri mereka masing-masing.Selamat atau tidak daripada persoalan dengan perhitungan ALLAH.Mereka berada dalam keadaan kerisauan dan keresahan yang tidak terhingga.Masing-masing resah dan gelisah,apatah lagi jika mereka tidak mempunyai amalan kebaikan.
         Sabda RasulALLAH yang bermaksud : "Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bogel atau terlanjang, sebagaimana lahirnya bayi daripada perut ibunya"
     Agak-agaknya manusia merasa malu dengan keadaan ini tak? Apakah manusia pada waktu itu sedar akan keadaan dirinya yang terlanjang?

          Pada suatu ketika, Aishah bertanya kepada Nabi. Katanya, "Adakah lelaki dan perempuan berkumpul bersama di ketika itu, ya RasulALLAH?Maka Nabi pun menjawab, "Memang benar, wahai Aishah. Semuanya akan dikumpulkan bersama." Aishah berkata lagi,"Alangkah malunya aku wahai RasulALLAH kerana kemaluan kita akan dapatt dilihat di antara satu sama lain."
      Kemudian RasulALLAH berkata sambil menepuk-nepuk bahu Aishah,"Wahai Aishah,sesungguhnya pada hari itu, manusia berada dalam keeadaan yang amat sibuk dan tidak mempunyai ruang waktu untuk melihat kemaluan orang lain. Semuanya akan memandang ke langit. Mereka akan berdiri di situ selama empat puluh tahun lamanya dengan tidak makan dan tidak minum.Keadaan mereka amat menyedihkan kerana mereka berada dalam keadaan kehairanan dan ketakutan.Dikatakan bahawa ada kalangan mereka peluhnya mengalir sampai betis, ada yang sampai ke perut,ada yang sampai ke mulut. Keadaan ini berlaku kerana terlalu ramai da mereka berdiri terlalu lama."

     Para Malaikat yang ditugaskan akan memanggil nama si fulan bin fulan untuk menghadap ALLAH.Apabila nama dipanggil,maka keluarlah orang yang dipanggil dan diperhatikan oleh orang lain.Apabila orang yang dipangggil itu orang yang kena zalim atau aniaya oleh orang lain,maka kebaikan yang ada pada orang yang melakukan kezaliman itu diberikan kepada orang yang kena zalim semasa di dunia.Sekiranya telah kehabisan kebaikan orang itu,maka dosa-dosa yang kena zalim itu akan diberikan pula kepada orang yang zalim itu.Lalu orang yang kena zalim itu terlepas daripada azab ALLAH dan orang yang zalim akan mendapat balasan azab daripada ALLAH.
    Setelah perbicaraan itu selesai, maka ALLAH akan berkata kepada orang zalim itu,


"Kembalilah kamu ke tempatmu iaitu neraka Hawiyah kerana ketahuilah bahawa pada hari permbalasan itu tidak ada penganiayaan dan kezaliman lagi. Tidak ada lagi penipuan dan pengkhianatan." Sesungguhnya ALLAH akan mempercepatkan perhitungan dan permbalasan.





KESIMPULAN

ALLAH akan menghitung setiap amalan manusia dgan sebaik-baik dan dengan seadilan-adilnya.        
  1. ALLAH tidak akan membiarkan orang yang melakukan kezaliman terlepas daripada azab-Nya.
  2. Setiap manusia akan menerima pembalasan masing-masing, sama ada balasan baik atau buruk.
  3. ALLAH akan menyegerakan perhitungan dan pembalasan di akhirat kelak.
  4. Meraka yang beriman dan beramal solah akan berada di bawah Arasy.
  5. Mereka adalah orang-orang yang beroleh keberuntungan dan kebaikan yang tidak terhingga.