TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Saturday

Asal kejadian dan Kewujudan jin






وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقاً
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.(surah Al Jin ayat 6)


 Apa itu jin?      
    Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Genie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya ;



Surah Al-Hajr ayat 26 - 27
 Yang bermaksud:Dan sesunguhnya Aku telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Aku telah menciptakan Jin yang dicipta daripada api yang sangat panas terlebih dahulu daripada manusia.

Surah Ar-RAHMAN AYAT 15
 Yang bermaksud :Dia ( ALLAH )menciptakan Jann (Jin ) dari nyalaan api (Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )

Surah Al-Araf ayat 12 :
Yang bermaksud :Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan  Engkau ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.


Dari Hadis Nabi S.A.W yg telah diriwayatkan oleh Muslim r.a


Maksudnya :Malaikat diciptakan  dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah ).

Asal Kejadian Jin

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan "Al-Maarij" itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.
    Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah ALLAH jadikan Jaan.
     Menurut suatu Hadis yang  diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.
   Dari api yang amat panas inilah ALLAH telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian ALLAH masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki ALLAH. Jin juga di beri sifat oleh ALLAH menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali repa RasulALLAH S.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.
  Jin juga diperintahkan oleh ALLAH menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh ALLAH kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan RasulNya sahaja yang mengetahuinya.Menurut sesetengah ulama rupa,tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 % mirip kepada manusia.
   Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafat iaitu campuran api dan angin dan nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah "sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian kejaidan yang diciptakan ALLAH dan sebagai Khalifah ALLAH di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafat iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu, dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.
   Manakala makhluk-makhluk lain pula ALLAH jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim syafat sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

       Yang boleh diketahui dalam hal ini adalah tanda-tanda kewujudan Jin.Umpamanya, Jin yang menampakkan dirinya seseorang di rumah atau ditempat-tempat tertentu.Atau ahli keluarga yang selalu kehilangan duit sementara menurut secara logiknya tidak mungkin ada orang yang mencuri.Itu adalah bahagian dari indikasi gangguan jin di tempat tersebut.
     Demikian juga masalah mengesan Jin pada diri seseorang.Tidak ada orang yang dapat melihat kewujudan Jin secara pasti dalam tubuh seseorang. Kalau ada yang mengaku mampu mengesan secara pasti,maka orang tersebut juga mempunyai Jin yang tidak boleh dimintai bantuan.
    Untuk memastikan kewujudan secara mata kasar Jin yang memasuki tubuh seseorang adalah juga dengan Ruqyah Syar'iyyah.iaitu, terapi nabawi berupa membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang ma'surat.Itulah satu-satunya cara Islami yang diajarkan Islam untuk menangangi segala perkara yang ada hubungan kaitnya dengan Jin.


Jin mati ke tak???



Jin beranak-pinak dan berkembang-biak ( lihat surah Al-Kahfi, 18:50 ). Tentang agaknya Jin boleh meninggal atau tidak. Ada pendapat bahwa Jin hanya berkembang biak, tetapi tidak pernah meninggal. Benar atau tidak, wa Allahu a'lam.
          Namun menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, di mana Nabi Muhammad SAW berdoa :
          "Ya Allah, Engkau tidak mati, sedang Jin dan manusia mati...( HR Bukhari dan Muslim ).



Kumpulan-kumplan dan jenis jin
Jin juga seperti manusia yang ingin kan keturunan dan hidup berpuak-puak.Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa.Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, antaranya kumpulan yang menunggu manyat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menungggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.


 Jenis-jenis jin


Sama seperti manusia Jin juga terdiri daripada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah ;-



1)Asy-Syaitan - Syaitan-syaitan
2)Al-Maraddah-peragu-peragu(pewas-was)                                                                                      
3)Al-Afrit - penipu-penipu
4)Al-A'waan - Pelayan-pelayanan
5)Al-Tayyaaruun - Penerbang-penerbang
6)Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
7)Al-Tawaabi -pengikut-pengikut (pengekor)
8)Al-Qurana - Pengawan-pengawan
9)Al-Ummaar ( pemakmur )


 Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat,di sentuh dan dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya dicipta, kecuali dalam keadaan- keadaan tertentu,Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.
   Jin juga boleh dilihat oleh manusia dlm keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.
   Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakal di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.
     Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh ALLAH ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk.dan rupa.Contohnya dalam peperangan Badar,Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dan Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam.( Iblis dan Syaitan adalah antara merupakan sebahagian daripada golongan Jin).
     Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut.Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.




Cara menghindar jin


Cara yang digunakan oleh RasulAllah SAW untuk mengusir gangguan Jin
Ditepuk punggung dan berdoa yang ertinya  "Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"
Dengan membaca ayat-ayat Ruqyah diantaranya:

1.Surah Al-Fatihah (ayat 1-7)
2.Surah Al-Baqarah (ayat 1-5)
3.Surah Al-Baqarah (ayat 102)
4.Surah Al-Baqarah (ayat 163-164)
5.Surah Al-Baqarah (ayat 255)
6.Surah Al-Baqarah (ayat 285-286)
7.Surah Al-'Imran (ayat 18-19)
8.Surah Al-A'raf (ayat 54-56)
9.Surah Al-A'raf (ayat 117-122)
10.Surah Yunus (ayat 81-82)
11.Surah Thaha (ayat 69)
12.Surah Al-Mukminin (ayat 115-118)
13.Surah As-Shaffat (ayat 1-10)
14.Surah Al-Ahqaf (ayat 29-32)
15.Surah Ar-Rahman (ayat 33-36)
16.Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
17.Surah Al-Jin (ayat 1-9)
18.Surah A1-Ikhlas (ayat 1-4)
19.Surah Al-Falaq (ayat 1-5)
20.Surah An-Nas (ayat 1-6)


Zaman Imam Ahmad :Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr, Ash Shaffat 1-10,Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas.Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.Membaca Ruqyah pada orang yang terkena gangguan jin Hal dalam menangani gangguan Jin.Langkah-langkah Pencegah Mengikut Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

          Contoh :
          -  Solat berjemaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnah
          -  Tilawah Qur'an
          -  Ta'alim
Langkah-langkah bertahan(Defend)
Berdoalah

Contoh :  Al-Mu'minun 97-98
          "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku,dari kedatangan mereka kepadaku."
RasulAllah SAW membaca doa diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur.

WAllahua'lam