TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Saturday

Tiada beza





jangan kau pandang hina
terhadap diriku ini
aku juga manusia,sama sepertimu
walaupun kita berbeza penampilan diri
aku juga punya hati,jiwa & perasaan
Aku ini bukannya makhluk asing berkepala besar..
punya kapal angkasa
aku ini bukan dari Jupiter
sama sepertimu makhluk dibumi
kita ini tiada bezanya
tiada bezanya....
tiap yang bernyawa
wahai insan kau punya pilihan
tak kira apa kau lakukan
kebaikan atau keburukan
mahu kau jadi apa
tetapkanlah pendirian
tepuklah dada,tanya selera
kita ini yang bernama manusia
dianugerahkan tuhan
akal dan juga fikiran
jangan sesekali kau hilangkan pertimbanganmu
kelak kehidupanmu itu ditimpa bala bencana
Aku ini bukannya makhluk asing
berkepala besar..punya kapal angkasa
aku ini bukan dari Jupiter
aku sama sepertimu makhluk dibumi
engkau dan aku tiada bezanya
tiada bezanya....