TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Wednesday

MUHARAM





MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).Sebelum  RasulAllah  berhijrah dari  Mekah  ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah  RasulAllah saw  memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah RasulAllah,ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 
Pada asasnya,Muharam membawa maksud diharamkan atau dipantang,iaitu ALLAH SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu,umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



Doa awal tahun
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana 
 ALLAH  telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."  





 
Segala puji hanya bagi ALLAH,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya ALLAH ,Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.Demi kelebihanMU yang Maha Agong dan kemurahanMU  yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMU perlindungan daripada syaitan yang direjam,dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMU.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Ameen...
Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana 
ALLAH  telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."