TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Monday

Israk Mikraj 27 Rejab

ﺍﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠّﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢ • ﺍﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠّﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢ • ﺍﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠّﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّبِاللّهِ

Ayat Pilihan⬇

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah,yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil haram ke Al Masjidil aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
QS Al-Isra’ : 1

-Isyrak Mikraj-

Semasa Israk
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (isyrak) itu Rasulullah ﷺ.diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil.Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah),Rasulullah ﷺ telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat. Antara tempat² berkenaan ialah ⬇

i)  Negeri Thaibah (Madinah),tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah ﷺ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung(obor) dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.

Antaranya🌤
PERISTIWA YANG AJAIB
( Semasa Isyrak )
Pertama :
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai,hasil (buah) yang baru keluar semula seolah² belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang².Rasulullah ﷺ dberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak .

Kedua
Tempat yang berbau harum. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Firáun) bsama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firáun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firáun sebagai Tuhan).

Ketiga

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala depa sendiri.Stiap kali dipecahkan,kepala mereka sembuh kembali,lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali².Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Keempat
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan.Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.Kata Jibrail : Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Kelima

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu msing² mempunyai isteri / suami.

Keenam
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

Ketujuh

Lelaki yang menghimpun sberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya,tapi ditambah lagi kayu hat lain.Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Kelapan
️ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali².Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kesembilan

KKaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

Kesepuluh

SSeekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal,tapi sudah terlambat.

Kesebelas

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya.Kata Jibrail: Itulah dunia.Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

Keduabelas

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti.Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya.Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia²kan umurnya sampai ke tua.

Ketigabelas

Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah ﷺ terasa dahaga,lalu dibawa Jibrail dua bekas@bejana (Jug) yang berisi arak dan susu.Rasulullah ﷺ memilih susu lalu diminumnya.Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul.Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat

Semasa Mikraj
(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga.Rasulullah ﷺ.dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama :
Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke langit ptama,lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua:
Nabi ﷺ. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga:
Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

Langit Keempat:
Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima:
Naik tangga langit kelima.Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam:
Naik tangga langit keenam.Bertemu dengan Nabi².Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah ﷺ mengangkat kepala(dsuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.Kepada Rasulullah ﷺ, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini.Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka bedoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya,tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH,WAL-HAMDULILLAH, WA LAA ILAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR dan WA LAA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ÁLIYYIL-ÁDZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.Setelah mlihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib.Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betui² di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok tu:Sungai air yang tak berubah,sungai susu,sungai arak dan sungai madu lebah.Buah, daun²,batang dan dahannya berubah² warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas²(burung) emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah ﷺ dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:
pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan  َاللّهُ سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى   dengan mata kepalanya,lantas sujud.Kmudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah,Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata² dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil.Dengan izin-Mu,dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq(sopak) dan menghidupkan orang mati.Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : AKU ambilmu sebagai kekasih.Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.Aku jadikan umatmu sebaik² umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.Aku berikanmu Ayat² (surah) di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy.AKU berikan habuan(ganjarn) daripada kelebihan Islam,hijrah,sdekah dan amar makruf dan nahi munkar.AKU kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd,maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji²mu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) Solat.

Selesai munajat, Rasulullah ﷺ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S.kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ﷺ.merayu kepada  َاللّهُ سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى agar diberi keringanan,mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.Selepas sembilan kali merayu,(setiap kali dikurangkan lima waktu),akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah ﷺ turun ke langit dunia semula.Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis.Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
ﻭَﺍﻟﻠّﻪُ ﺃﻋﻠَﻢ ﺑِﺎﻟﺼَّﻮَﺍﺏ

sumber
Kitab Jam'ul-Fawaa'id

Kesimpulannya,peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya skadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Isyrak dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mencintai mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Isyrak dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar² kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai²kejahatan. Kejadian Isyrak dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).Orang² kafir di zaman Nabi Muhammad ﷺ langsung tidak mempercayai, malahan memperolok² Nabi sebaik² Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Isyrak dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan   َاللّهُ سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى.
Allah swt telah menunjukkan
bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ﷺ.

Mafhum Firman
َاللّهُ سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda² kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

          QS Al-Israa’: Ayat 1

ﻭَﺍﻟﻠّﻪُ ﺃﻋﻠَﻢ ﺑِﺎﻟﺼَّﻮَﺍﺏ
Semoga manfaat.

No comments:

Post a Comment