TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Friday

Jadikan semata² diri hanya untuk ﺍَﻟﻠّﻪُ


Zikrullah adalah jalan yg terdekat menuju kepada ﺍَﻟﻠّﻪُ
Tujuan zikrullah itu adalah untuk menyucikan hati daripada segala sesuatu selain ﺍَﻟﻠّﻪُ
Taubat adalah pintu taqwa
Taqwa adalah pintu zikir dan zikir adalah pintu kasyaf
Kasyaf adalah terbuka dinding diantaramu dan ﺍَﻟﻠّﻪُ
Berhadap Wajah
Barang kemana engkau berhadap disana ﺍَﻟﻠّﻪُ
Kiblat roh
Kekal didalam sembahyang
Anugerah ﺍَﻟﻠّﻪُ kepada Ahli-Makrifatullah
Mereka berjalan diatas Syariat Nabi Muhammad ﷺ

Lihatlah kepada keaiban orang lain itu sekali untuk engkau mengenali dirimu dan lihatlah keaibanmu itu seribu kali untuk engkau mengenali ﺍَﻟﻠّﻪُ

Mati sebelum mati
Mati diri didalam Wujud ﺍَﻟﻠّﻪُ
Mati tadbir diri
Diam didalam takdir ﺍَﻟﻠّﻪُ
Telah disempurnakan Allah bahagian-bahagianmu diazali sebelum wujudmu
Dia Yg Maha Esa Yg Berdiri SendiriNya
Bayi dipangkuan ibunya
Mayat ditangan Si-pemandi
Hamba Disisi Tuhannya
Kepada Tuhanmu kesudahan yg dituntut
Barang kemana engkau berhadap disana Wajah ﺍَﻟﻠّﻪُ
Tenteramlah jiwamu dengan ﺍَﻟﻠّﻪُ
Selain ﺍَﻟﻠّﻪُ tiada dapat mententeramkan rohmu
Diamilah Disisi Dzat Maha Agung
Mujahadah diawal perjalanan dan ridha kepada ﺍَﻟﻠّﻪُ kesudahan Wasil
Kenderaannya zikrullah
Teman perjalanan adalah ﺍَﻟﻠّﻪُ
Melalui pintu Talkin Mursyid yg Wasil
Kenal ﺍَﻟﻠّﻪُ dengan ﺍَﻟﻠّﻪُ
Si-Wasil tidak berhajat kepada sesuatu selain ﺍَﻟﻠّﻪُ
Segala manusia fakir kepada ﺍَﻟﻠّﻪُ
Dia Maha Kaya lagi Maha Terpuji

Aku telah menemui rahsia tawaf wida'
Tawaf perpisahan
Perpisahan dengan makhluk dan pertemuan dengan ﺍَﻟﻠّﻪُ
Aku telah meninggalkan mekah dan madinah
Kaabah dan segala sesuatu selain ﺍَﻟﻠّﻪُ
Menuju kepada Al-Khaliq
Semoga ﺍَﻟﻠّﻪُ merahmati kamu dan aku

Adab yg paling besar itu ialah menjaga hatimu mengingati ﺍَﻟﻠّﻪُ. Rahmat ﺍَﻟﻠّﻪُ amat luas, maka jangan engkau berputus asa. ﺍَﻟﻠّﻪُ serta engkau dimana ada engkau, jangan batas ﺍَﻟﻠّﻪُ dengan tempat dan masa, sembahlah ﺍَﻟﻠّﻪُ disetiap tempat dan masa. ﺍَﻟﻠّﻪُ lebih dekat daripada urat lehermu, tiada antaramu dan antara ﺍَﻟﻠّﻪُ itu antara. Mengadulah kepada ﺍَﻟﻠّﻪُ, kerana ﺍَﻟﻠّﻪُ suka mendengar segala pengaduanmu. Selamatlah orang yg hatinya sentiasa berhadap kepada Dzat ﺍَﻟﻠّﻪُ dalam senang dan susah. Tiada Tuhan selain ﺍَﻟﻠّﻪُ, sabarlah, ridhalah, serahkanlah seluruh dirimu kepada ﺍَﻟﻠّﻪُ, tiada pergantungan kepada sesuatu  selain ﺍَﻟﻠّﻪُ. ﺍَﻟﻠّﻪُ -lah yg menghidupkanmu, ﺍَﻟﻠّﻪُ juga yg mematikanmu, ﺍَﻟﻠّﻪُ yg menanggung rezeki seluruh makhlukNya. Hiduplah bersama ﺍَﻟﻠّﻪُ, matilah bersama ﺍَﻟﻠّﻪُ, bangkitlah daripada kubur bersama ﺍَﻟﻠّﻪُ, disyurga engkau bersama ﺍَﻟﻠّﻪُ, tiada ruang untuk selain ﺍَﻟﻠّﻪُ dan cucilah hatimu bersungguh-sungguh daripada segala sesuatu selain ﺍَﻟﻠّﻪُ sehingga engkau menjadi hamba yg merdeka.


No comments:

Post a Comment