TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Tuesday

Qolbu

HADIS QUDSI TENTANG QALBU

Firman Allah Ta'ala:
بنيت فى جوف ابن ادم قصرا وفى القصر صدرا وفى الصدر قلبا وفى القلب فؤادا وفى الفؤد شغافا وفى الشغاف لبا وفى اللب سرا وفى السر انا.
Ertinya:
"Aku buatkan didalam rongga anak Adam satu mahligai,  dan didalam mahligai itu ada DADA,dan didalam Dada itu ada HATI,  dan didalam Hati itu ada FUAD, dan didalam Fuad itu ada SYAROFAN, dan didalam Syarofan itu ada LUBBAN, dan dalam Lubban itu ada RAHSIA, dalam Rahsia itu ANA." (Hadis Qudsi).
Syarah (penjelasan) :
1. SHODRON (Dada), dinamai Shodron sebabnya kerana dia adalah tempat terbitnya "Nurul Islam".
Seperti firman Allah:
افمن شرح الله صدره للاسلام فهو على نور من ربه.
"Adakah sama barangsiapa dibukakan Allah Ta'ala Dadanya kepada agama Islam adalah dia beroleh cahaya dari pada Tuhannya. " (az-Zumar: 22).
2. QOLBAN (Jantung hati), sebabnya ialah tempat terbitnya cahaya "Iman".
Firman Allah:
اولئك كتب فى قلوبهم الايمان.
"Merekalah yg disurat Allah didalam hatinya iman. "
3. FUADAN. Yakni tempat batin sanubari, disebabkan kerana ia tempat terbitnya cahaya "Ma'rifat".
Firman Allah:
   ما كذب الفؤاد ما راءى.
"Tiada bohong fuadnya pada barang yg dilihatnya. " (an-Najm: 11).
4. SYAROFAN. Umpama embun, kerana dia tempat terbitnya cahaya "Mahabbah"  (cinta).
Firman Allah:
قد شغفها حبا.
"Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu sangat mendalam. " (Yusuf: 30).
5. LUBBAN (Budi), sebab dia tempat terbitnya "Tauhid" atau cahaya fana' pada Allah.
Firman Allah:
ان فى ذلك لذكرى لاؤلى الالباب.
"Sesungguhnya pd yg demikian itu benar² terdapat pelajaran bagi orang berakal. " (az-Zumar:  21).
6. SIRRON. iaitu "Rahsia", atau cahaya baqo' dengan Allah.
Firman Allah:
فانه يعلم السر و اخفى.
"Maka mengetahui rahsia dan yg lebih tersembunyi. " (Thoha: 7).
7. ANA,  yakni Aku. Tempat tajalli Aku,tempat Aku letak rahsia-Ku, tempat mengenal Aku.
Firman Allah:
قل اننى انا الله لا اله الا انا.
"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah. Tiada ada Tuhan selain Aku. " (Thoha: 14).
Firman Allah dlm Hadis Qudsi:
الانسان سرى و انا يره.
"Manusia itu rahsia-Ku dan Aku pun rahsianya."

No comments: