TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Tuesday

Tajjali Allah



"Sebelum engkau dapat merasai kelazatan redha kepada Allah, engkau akan menempuh ribuan lorong² keperitan kesabaran, maka bersabarlah bersama Allah sehingga Allah meredhaimu"



kosongkanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah dengan memandang Allah.




"Allah cemburu ada sesuatu selain Dia didalam hatimu kerana engkau diciptakan untuk mengenalNya"




"Hakikat kemerdekaan itu ialah merdeka daripada segala sesuatu selain Allah, tanpa menoleh kepada selain Dzat Allah."




Ada ilmu itu hasil daripada belajar daripada guru

Ada ilmu itu hasil daripada mujahadah nafsu
Dan ada ilmu itu daripada Allah tanpa orang tengah
Masing-masing ilmu ada ahli zamannya
Dekatilah para ulamak
Pergaulilah ahli mujahadah
Bertemankanlah para Arifbillah
Daripada mereka itulah turunnya curahan hujan rahsia-rahsia ilmu Allah
Maksud firman Allah Ta'ala: Allah akan mengangkat darjat orang-orang yg beriman diantara kamu dan mereka yg diberikan ilmu pula beberapa darjat.



Aku hairan terhadap orang yg berhadap kepada makhluk yg lemah dengan meninggalkan berhadap kepada Dzat Yg Maha Kuasa!




Aku hairan terhadap orang yg bergantung dengan dirinya dan meninggalkan pergantungan hati dengan Tuhannya!




Sebesar-besar aibmu adalah engkau melihat dirimu dan terhijab daripada memandang Allah.




Dunia ini adalah tempat pengujian Allah dan akhirat adalah tempat kemenanganmu.




"Janganlah engkau datang kepadaKU(ALLAH) dengan bermegah dan bangga diri dengan amalmu diakhirat kelak, kerana semua lakuanmu itu AKUlah penggeraknya. Berjalanlah mengikut takdirKU, tiada siapa yg dapat mengubah dan menolaknya, walaupun Nabi yg mursalin atau Malaikat yg hampir denganKU sekalipun."




Kasih-sayang adalah satu rahsia yg AKU(ALLAH) campakkan kedalam hati manusia dan tiada siapa yg dapat mengubahnya melainkan AKU....




Sibukkanlah dirimu dengan AKU (ALLAH) sahaja ketika mereka sibuk dengan dunia dan akhirat, dan bermesralah dengan AKU sahaja ketika hati-hati mereka bermesra dengan selainKU, nescaya engkaulah hambaKU....




Tetaplah berhadap kepada DzatKU( ALLAH) dan jangan engkau berpaling lagi kepada segala sesuatu selainKU. Mohonlah keampunanKU diatas dosa-dosa dan kesalahanmu....




Ya Allah! Teguhkanlah hatiku berhadap DzatMu....




-  BUTA SELAIN ALLAH